
Apakah sebab yang sebenarnya mereka ini kehilangan kewarganegaraan Malaysia?
Undang-undang negara kita (Perlembagaan Persekutuan) melalui Perkara 25 dengan jelas menyatakan bahawa, Kerajaan Malaysia berhak melucutkan kewarganegaraan seseorang warganegaranya atas beberapa sebab:
- Individu berkenaan terbukti bahawa dia tidak setia kepada negara melalui percakapan dan perbuatannya. Dalam kes yang berkenaan, didapati bahawa kebanyakan rakyat Malaysia yang berkenaan di Britain telah dengan sengaja mengoyakkan passport Malaysia mereka, dengan harapan mereka dapat membuktikan (kepada kerajaan Britain) bahawa mereka itu tidak lagi berminat dengan kewarganegaraan Malaysia.
- Individu berkenaan telah tinggal di negara asing selama lima tahun berturut-turut, dan dalam tempoh itu individu berkenaan bukannya berkhidmat dalam perkhidmatan kerajaan atau pertubuhan antarabangsa yang dianggotai Malaysia, serta tidak pernah melaporkan keberadaannya di negara berkenaan dan niat untuk terus menjadi warganegara Malaysia kepada Pejabat Konsul Malaysia pada setiap tahun. Persoalannya di sini adalah, adakah rakyat Malaysia yang berkenaan di Britian melanggar syarat ini secara sengaja? Ataupun mereka secara tidak sengaja melanggar syarat ini atas sebab-sebab tidak mengetahui akan kewujudannya dan tidak pernah pula diberi penjelasan mengenainya?
Saya bersetuju...di Malaysia, undang-undang negara kita tidak membenarkan seorang warganegaranya mempunyai dua warganegara..oleh itu sesiapa yang telah memilih untuk menjadi warganegara asing, maka dia secara langsung dia tia telah membuang kewarganegaraan Malaysia.
ReplyDelete