PRAKATA PENULIS

SALAM SEJAHTERA...
Maklumat dalam BLOG ini mungkin berguna untuk rakyat Malaysia mengenali negara mereka sendiri... khasnya pelajar-pelajar di Tingkatan Lima dan Tingkatan Enam. Anda boleh muat turun bahan-bahan maklumat dan pembelajaran yang dimuatkan di sini... SECARA PERCUMA. Asalkan anda tidak menyalahguna maklumat yang dibekalkan...

KHAS KEPADA SEMUA CALON PEPERIKSAAN SPM & STPM 2009

Sudahkah anda bersedia menghadapi "pertempuran" ini?
Jika belum, tunggu apa lagi ! Buatlah ulangkaji seberapa banyak dan seberapa kerap yang anda boleh. Jangan kenal erti bosan dan putus asa!
KEJAYAAN ITU DITENTUKAN OLEH USAHA ANDA SENDIRI.

BAHAN RUJUKAN SEMASA:
*Dapatkan Laporan Ketua Audit Negara 2008 di SINI.
*Dapatkan Laporan Lengkap Bajet 2010 di SINI
*Baca teks Perbahasan Laporan Bajet 2010 oleh Ketua Pembangkang Dato Sri Anuar Ibrahim di SINI

02 November 2009

ISU KERAKYATAN JUS SOLI DAN KERAKYATAN BRITAIN.

Ramai rakyat Malaysia di Britain menjadi buruh kasar dan berstatus pelarian, setelah mereka ini gagal mendapatkan kerakyatan daripada Kerajaan Britian. Demikian dilaporkan oleh media Malaysia dan beberapa media negara lain semalam. Keadaan ini berlaku akibat daripada perubahan polisi imigrisen dan pemberian kerakyatan Britain yang dikuatkuasakan pada tahun 2002. Rakyat Malaysia di Britain yang mengharapkan ehsan kerajaan Britian untuk memperoleh kewarganegaraan Britain berdasarkan kepada polisi Britian yang pernah dipraktikkan dalam undang-undang zaman Kolonial (Jus Soli - Negeri-negeri Selat); iaitu memberi kerakyatan Britian bagi penduduk yang dilahirkan di negeri-negeri selat (P.Pinang, Melaka,Singapura), terpaksa berputih mata. Lebih parah lagi, rakyat Malaysia yang berkenaan (kira-kira 1000 orang) di Britain turut kehilangan kerakyatan Malaysia mereka menyebabkan mereka ini menjadi “penduduk dunia yang tidak bernegara”.
Apakah sebab yang sebenarnya mereka ini kehilangan kewarganegaraan Malaysia? Undang-undang negara kita (Perlembagaan Persekutuan) melalui Perkara 25 dengan jelas menyatakan bahawa, Kerajaan Malaysia berhak melucutkan kewarganegaraan seseorang warganegaranya atas beberapa sebab:
  1. Individu berkenaan terbukti bahawa dia tidak setia kepada negara melalui percakapan dan perbuatannya. Dalam kes yang berkenaan, didapati bahawa kebanyakan rakyat Malaysia yang berkenaan di Britain telah dengan sengaja mengoyakkan passport Malaysia mereka, dengan harapan mereka dapat membuktikan (kepada kerajaan Britain) bahawa mereka itu tidak lagi berminat dengan kewarganegaraan Malaysia.
  2. Individu berkenaan telah tinggal di negara asing selama lima tahun berturut-turut, dan dalam tempoh itu individu berkenaan bukannya berkhidmat dalam perkhidmatan kerajaan atau pertubuhan antarabangsa yang dianggotai Malaysia, serta tidak pernah melaporkan keberadaannya di negara berkenaan dan niat untuk terus menjadi warganegara Malaysia kepada Pejabat Konsul Malaysia pada setiap tahun. Persoalannya di sini adalah, adakah rakyat Malaysia yang berkenaan di Britian melanggar syarat ini secara sengaja? Ataupun mereka secara tidak sengaja melanggar syarat ini atas sebab-sebab tidak mengetahui akan kewujudannya dan tidak pernah pula diberi penjelasan mengenainya?
Nasib yang dialami rakyat Malaysia (bekas) di Britain ini mungkin turut dialami juga oleh rakyat Malaysia di negara-negara lain di seluruh dunia. Maka adalah diharapkan perkara ini akan menjadi ikhtibar kepada rakyat Malaysia di negara ini, khasnya bagi mereka yang berniat ke luar negara dalam apa-apa juga urusan dan tujuan. Kerajaan Malaysia masih memberi peluang kepada segelintir bekas warganegara Malaysia di Britain ini untuk memperoleh kembali taraf kewarganegaraan Malaysia mereka ini. Namun hendaklah melalui proses perundangan yang sama, sebagaimana rakyat negara asing memohon kewarganegaraan Malaysia. Malah mungkin akan dikenakan syarat yang lebih ketat lagi, seperti kata Menteri Dalam Negeri -YB Dato' Seri Hishammuddin Tun Hussein. SEKIAN. Carilah Ilmu... Fahami Teori... dan... Amalkanlah ilmu itu... Maka,Anda pasti beroleh kejayaan dan kesempurnaan...