Tahukah anda, bahawa Perlembagaan Persekutuan Malaysia menjamin beberapa hak rakyatnya yang dikenali sebagai KEBEBASAN ASASI sebagaimana yang diperuntukkan dalam Bahagian 2 - perkara ke5 hingga ke13 ?
1. Perkara 5 - Kebebasan Diri.
2. Perkara 6 - Kerja paksa dan pengabdian.
3. Perkara 7 - Perlindungan daripada undang-undang jenayah yang berkuatkuasa dan perbicaraan berulang.
4. Perkara 8 - Kesamarataan disisi undang-undang.
5. Perkara 9 - Larangan dibuang negeri dan kebebasanbergerak dalam persekutuan.
6. Perkara 10 - Kebebasan bercakap ,berhimpun dan menubuhkan persatuan.
7. Pwekara 11 - Kebebasan beragama.
8. Perkara 12 - Hak yang sama dalam pelajaran.
9. Perkara 13 - Hak seseorang keatas hartanya.
WALAU BAGAIMANAPUN, kebebasan asasi ini tidak diberikan secara MUTLAK kepada warganegara Malaysia. Terdapat beberapa undang-undang yang digubal bagi membataskan kebebasan asasi di atas iaitu:
a. Undang-undang Subversive
b. Undang-undang Darurat
c. Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA)
d. Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU)
e. Akta Rahsia Rasmi
f. Akta Mesin Cetak
g. Akta Hasutan dan
h. Hak Keistimewaan Sabah dan Sarawak.
Carilah Ilmu... Fahami Teori... dan... Amalkanlah ilmu itu... Maka,Anda pasti beroleh kejayaan dan kesempurnaan...