PRAKATA PENULIS

SALAM SEJAHTERA...
Maklumat dalam BLOG ini mungkin berguna untuk rakyat Malaysia mengenali negara mereka sendiri... khasnya pelajar-pelajar di Tingkatan Lima dan Tingkatan Enam. Anda boleh muat turun bahan-bahan maklumat dan pembelajaran yang dimuatkan di sini... SECARA PERCUMA. Asalkan anda tidak menyalahguna maklumat yang dibekalkan...

KHAS KEPADA SEMUA CALON PEPERIKSAAN SPM & STPM 2009

Sudahkah anda bersedia menghadapi "pertempuran" ini?
Jika belum, tunggu apa lagi ! Buatlah ulangkaji seberapa banyak dan seberapa kerap yang anda boleh. Jangan kenal erti bosan dan putus asa!
KEJAYAAN ITU DITENTUKAN OLEH USAHA ANDA SENDIRI.

BAHAN RUJUKAN SEMASA:
*Dapatkan Laporan Ketua Audit Negara 2008 di SINI.
*Dapatkan Laporan Lengkap Bajet 2010 di SINI
*Baca teks Perbahasan Laporan Bajet 2010 oleh Ketua Pembangkang Dato Sri Anuar Ibrahim di SINI

12 August 2009

Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA)

Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 (Lazimnya dikenali sebagai ISA, iaitu akronim nama bahasa Inggerisnya, Internal Security Act) merupakan undang-undang tahanan pencegahan yang sedang berkuatkuasa di Malaysia. Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 sebenarnya dirangka oleh R.H. Hickling pada awalnya. Kemudian ianya dijadikan undang-undang pada tahun 1960. Semasa akta itu mula digunakan, ia membenarkan kajian semula, akan tetapi sejak itu, ISA telah dipinda sebanyak lebih daripada 20 kali dan peruntukan ini telah dikeluarkan. Kuasa mutlak telah diberikan kepada Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri membolehkan beliau menangkap sesiapa pun, tanpa merujuk kepada mahkamah. Sesiapa pun boleh ditahan oleh polis selama 60 hari berturut-turut tanpa perbicaraan untuk tindak-tanduk yang dijangkakan mengancam keselamatan negara atau mana-mana bahagian daripadanya. Selepas 60 hari, seseorang tahanan itu boleh ditahan lagi selama tempoh dua tahun jika diluluskan oleh Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, dan sekaligus membolehkan penahanan terus tanpa perbicaraan. Pada tahun 1989, kebolehan mahkamah untuk menyiasat kuasa Menteri di bawah peruntukan ini telah dihapuskan dengan beberapa pindaan kepada Akta ini. Pada masa kini, mahkamah boleh melihat semula hanya perkara-perkara teknikal sahaja berkenaan sebarang penahanan di bawah ISA.

Tahanan ISA lazimnya diletakkan di bawah tahanan di Pusat Tahanan Kamunting.

Seseorang yang ditahan di bawah ISA semasa 60 hari pertama tidak dibenarkan berkomunikasi dengan dunia luar. Tambahan pula, peguam dan ahli keluarga tidak dibenarkan melawat orang yang ditahan semasa tempoh awal ini. Jika satu perintah penahanan dua tahun ditandatangani, orang yang ditahan akan dibawa ke Pusat Tahanan Kamunting untuk tempoh yang ditetapkan, dan ahli keluarga lazimnya dibenarkan melawat semasa tempoh ini. Jika tidak, orang yang ditahan akan dibebaskan.

Section 73(1) Internal Security Act 1960:

"Any police officer may without warrant arrest and detain pending enquiries any person in respect of whom he has reason to believe that there are grounds which would justify his detention under section 8; and that he has acted or is about to act or is likely to act in any manner prejudicial to the security of Malaysia or any part thereof or to maintenance of essential services therein or to the economic life thereof."

Sect 8. Power to order detention or restriction of persons:

"(i) If the Minister is satisfied that the detention of any person is necessary with a view to preventing him from acting in any manner prejudicial to the security of Malaysia or any part thereof or to the maintenance of essential services therein or the economic life thereof, he may make an order (hereinafter referred to as a detention order) directing that that person be detained for any period not exceeding two years."

Carilah Ilmu... Fahami Teori... dan... Amalkanlah ilmu itu... Nescaya, Anda pasti beroleh kejayaan dan kesempurnaan...

No comments:

Post a Comment

Terima kasih di atas komen anda...
Yang baik jadikan teladan...
Yang buruk jadikan sempadan dan pengajaran...